Tujuan kajian ini dijalankan bagi melihatkan peranan atau fungsi elemen multimedia di dalam sistem pendidikan. Adakah elemen multimedia mampu memainkan peranan yang penting di dalam sistem pendidikan? Adakah sistem pendidikan yang terdahulu akan dilupakan andai terlalu banyak elemen multimedia digunakan? Adakah konsep pendidikan akan mengalami masalah dari segi pemahaman sekiranya elemen multimedia digunakan. Oleh hal yang demikaan satu kajian telah dijalankan di samping sokongan fakta atau kajian yang terdahulu. Jika kita lihat dengan lebih jelas elemen multimedia telah banyak membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah berkaitan kajian yang telah dilakukan oleh Mohd.Arif dan Mohd. Jasmy (2002) tentang implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran Pendidikan Jasmani yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Jasmani bagi kemahiran bola tampar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seseorang guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar. Implikasi daripada kajian ini juga mendapati bahawa masyarakat umumnya seharusnya sedar dan tahu bahawa aplikasi multimedia berkemampuan dijadikan sebagai tutor yang berkesan dalam era dunia tanpa sempadan. Selain ituKajian Perzylo (1993) dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia mengintegrasikan corak terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan yang bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, auido dan video. Persembahan maklumat ini dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan. Di samping itu, pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu. Kelebihan yang lain pula ialah, penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran. Ini adalah interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar mengawal pembelajaran mereka sendiri.